Know before you judge, because that looks beautiful is not always beautiful and always looks bad not bad. That is a Coolfacts

Iklan 2

Sunday, December 27, 2015

Dimanakah Tenggelamnya Kapal Perang British


Prince of wales
Tenggelamnya Rapulse


Rapulse
 HMS Prince of Wales dan HMS Repulse (Force Z di bawah pimpinan Laksamana Tom Phillips) tenggelam pada 10 Disember 1941akibat serangan padu oleh pesawat perang Jepun, kira-kira 50 batu dari pantai Kuantan di Tanah Melayu. Kehilangan nyawa yang terbesar yang pernah dialami oleh Tentera Laut Diraja dalam satu kejadian;iaitu lebih 840 pegawai dan anggota tentera meninggal dunia. Bagi Jepun, ini merupakan satu kemenangan yang ketara dan melonjakkan semangat mereka di dalam perperangan dengan pihak british di tanah melayu.
Kapal tempur British sepatutnya disertakan dengan waja pengangkut, tetapi ia telah rosak, dan tanpa alatan itu pihak tentera british terdedah dan mudah dikesan oleh pihak jepun. Alatan komunikasi Radio yang cuba dikekalkan dengan tujuan untuk serangan mengejut ke atas Jepun di Kuantan tetapi atas kelemahan taktikal dan memandang rendah keupayaan tentera jepun Laksmana Tom Phillips tidak boleh meminta perlindungan udara yang mungkin boleh menyelamatkan angkatan laut British.

Tentera Jepun mempunyai kecerdasan dan kecekepan juruterbang didalam mengendalikan pesawat tempur dan mereka membawa semangat KAMIKAZE , kebocoran maklumat tentang ketibaan HMS Prince of Wales dan Repulse telah terdedah kepada angkatan laut pihak jepun dan dipintas di Singapura Harbour. Mereka telah dilihat sekali lagi oleh sebuah kapal selam pada 9 dan 10 Disember.

Tentera Jepun First Air, terdiri daripada 88 pesawat (27 pengebom dan 61 pesawat torpedo), menuju ke kedudukan yang terbaik anggaran kapal mereka. Kumpulan serangan menarik telah dibahagikan kepada sembilan penerbangan. Pada pukul 11 ​​pagi  Gambaran serta kebocoran maklumat yang diterima oleh pihak tentera jepun yang telah disiarkan kepada kumpulan yang akan menyerang kapal itu.

Secara fakta dan kelebihan taktikal serangan tentera jepun keatas kapal The Prince of Wales mengalami kerosakan yang amat teruk  selepas serangan torpedo pertama. Ia telah melanda di buritan,dan berpusing ke aci kipas. Maka kekuatan utama serangan udara Jepun telah diarahkan terhadap Repulse.apabila mengetahui bahawa kapal prince of wales akan karam ,dan diketahui The Repulse  telah dilanda satu atau dua bom dan kira-kira 12 torpedo serangan oleh pihak jepun dan The Prince of Wales dilanda satu bom dan sepuluh torpedo.
Akibat serangan yang berttali arus dari pihak udara jepun maka kedua dua kapal perang british yang gah pada namanya tenggelam dan karam diatas kelemahan taktikal dan juga akibat memandang rendah keupayaan tentera jepun, bagi angkatan udara pihak jepun Hanya empat pesawat Jepun telah hilang.


Disini kita lihat bagaimana disiplin dan keberanian angkatan pihak jepun yang secara tidak lansung menconteng arang keatas pihak british..wallahuaklam..
Share:

Siapa Bujang Senang





Bujang Senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Sungai Batang Lupar di Sri Aman. (coolfacts)

Kita mengetahui sepanjang sejarah Malaysia segala serangan buaya terkini yang dilaporkan kebanyakanya berlaku di Sarawak dan sejak akhir-akhir ini adalah satu tragedi yang biasa berlaku sejak 1940-an lagi. Sarawak bumi Kenyalang terkenal dengan keganasan buayanya sejak serangan yang terakhir Bujang Senang pada tahun 1992 yang menjadi lipatan sejarah Sarawak. Kemunculan buaya pemangsa terbaru, Bujang Seblak mengikut mentornya yang terdahulu iaitu Bujang Senang , Bujang Samarahan dan Bujang Tisak adalah seekor buaya gergasi hitam yang kini dipercayai masih menganas dan terus memburu mangsanya di sepanjang Sungai Seblak. Memandangkan tiada maklumat terperinci tentang Bujang Seblak ini maka ada lebih baiknya kita meneropong kembali sejarah kehebatan buaya terdahulu iaitu Bujang Senang sekiranya kita ingin mengetahui lebih mendalam tentang Bujang Seblak yang kini telah membunuh 3 orang sejak tahun 2007.

Ketika Bujang Senang menganas dahulu, pelbagai versi cerita tentang buaya ini boleh kita dengar dari pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak pada masa itu, ketika mengikuti ayah saya bertugas sebagai tentera pada tahun 1992 di Sarawak banyak cerita saya terima dari masyarakat sana sehingga ketika kecil saya melancong di Kuching dengan menaiki bot express dan perahu penambang cerita tentang kehebatan Bujang Senang ini disampaikan kepada saya sedikit sebanyak telah mengerunkan jiwa saya kerana diberitahu buaya ini adalah sebesar sebuah bas express dan sekiranya ia mahu ia boleh melibas botexpress  dengan ekornya sahaja dan memakan semua isi di dalam bot ketika itu. Ia juga digambarkan mempunyai sepasang mata yang besar dan merah menyala dan boleh dilihat 1 kilometer jauhnya.  Perjalanan yang jauh ini diselubungi dengan cerita Bujang Senang menyebabkan saya tidak dapat tidur lena sehinggalah saya sampai ke destinasi yang dituju iaitu sibu.

Lagenda Bujang Senang yang cuba dikuti kembali oleh Bujang Seblak mempunyai cerita yang pelbagai versi bagi mencantikkan kehebatannya. Terdapat mitologi Iban mengenai Bujang Senang. Ia dikatakan jelmaan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Simalungun, mengikut cerita dari orang-orang lama, Simalungun telah dibunuh dan seterusnya menjadi gergasi legenda buaya putih yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman Sarawak. Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah bahawa dia akan mengganas semua keturunannya. Adalah dipercayai Simalungun aka Bujang Senang ini telah menganas sejak 50 tahun (1941-1992) sebelum menemui ajalnya.

Bujang Senang adalah dari spesis CROCODYLUS POROSUS berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakangnya. Adalah dipercayai lebih kurang 100 orang telah jatuh ditangannya sepanjang beliau bermaharajalela di Batang Lupar. Mangsa terakhirnya pada 22 mei 1992, seorang gadis Iban, Dayang anak Bayang dibunuh di Sungai Pelaban , satu lagi anak sungai Batang Lupar berhampiran Lingga di Bahagian Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang kemudiannya menjadi legenda telah ditembak mati oleh beberapa penembak tepat polis dan pemburu Iban selepas meburunya selama empat jam. Ia adalah buaya yang terbesar dan tertua yang pernah ditangkap di kawasan itu. Tulang rahang Bujang Senang telah disimpan di Jong Crocodile, Miri Sarawak.



Perihal sejarah pembunuhan bujang senang ini saya temui di artikel Ketam batu bahawa
Kejatuhan Bujang Senang berlaku iaitu. Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.  Air Sungai Pelaban hanya sedalam separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan. Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera. Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.

Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Dengan pantas bak pahlawan Iban di masa dulu, Mandau melemparkan lembing ke kepala buaya itu namun lembing itu patah. Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.

Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter. Akhirnya buaya itu menemui ajal dan bangkainya kemudian diangkut ke rumah panjang yang mengambil masa empat jam perjalanan dari tempat kejadian. Pada ketika itulah barulah disedari di belakang buaya itu ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan. Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon.  Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki). Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja. Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak. Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.  Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya, imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi. Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar. Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.

Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa. Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino, ujarnya.  Walau apa pun, masih ada lagi orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati. Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar. Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf. Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka..


Apapun sejarh bujang senang merupakan salah satu mitos ataupun fakta yang masih lagi menjadi misteri sehingga ke akhir ini wallahuaklam…
Share:

Dinosaur di Malaysia


spinosauridae


Asalamualaikum , kadang kadang kita tak pasti wujud atau tidak dinosaur ini tetapi 
Diketahui umum ada berita menyatakan bahawa Tinggalan fosil daripada dinosaur karnivor pemakan ikan telah ditemui di Malaysia, di mana Universiti Malaya bersedia untuk mendedahkan bukti tersebut, Dalam pencarian dan kajian yang dilakukan oleh para penyelidik , ianya merumuskan bahawa fosil tulang itu ditemui di kawasan pedalaman luar bandar di Pahang, fosil dinosaur spesis  spinosauridae yang dipercayai dari lewat era Mesozoic , dipercayai berkemungkinan besar berasal dari zaman Cretaceous di antara 65 juta dan 145 juta tahun lalu.

Ada sumber menyatakan bahawa kajian yang dilakukan telah menemui fosil itu dan adalah julung kalinya Ini dipercayai  kali pertama  fosil dinosaur ditemui di Malaysia.
Penemuan ini  telah dikenal pasti oleh pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone di mana jabatan geologi universiti itu dengan kerjasama pakar reptilia paleontologi Profesor Ren Hirayama dari Universiti Waseda di Tokyo .(Sumber Berita Harian)

Untuk pengetahuan Umum , jenis fosil dan tulang itu dipercayai milik dinosaur jenis
Spinosauridae dan ia adalah sebuah keluarga yang tertentu dinosaur karnivor mempunyai ciri-ciri  tengkorak memanjang seperti buaya  dengan gigi berbentuk kon yang sama ada  sangat kecil atau tanpa gigi langsung.

Satu lagi fosil spinosauridae juga telah ditemui di Australia pada tahun 2011 , di mana spesies ini sebelum ini dipercayai wujud hanya di hemisfera utara.

Ahli-ahli sains telah menemui tulang leher berusia 125 juta tahun haiwan yang sama di Baryonx, Victoria , Australia.


Apa yang kita ketahui selama ini tulang tulang dinosaur dan fosil banyak dijumpai di luar Negara , dan mana tahu suatu masa nanti kita mampu menjumpai lagi fosil fosil yang boleh diguna untuk kajian masa akan datang ..wallahuaklam..
Share:

Siapakah Hiter




Assalamualaikum Dalam blog nie saya nak kongsikan sedikit tentang fakta siapa sebenarnya adolf hitler, rasanya mungkin ramai yang kenal dengan Hitler ni, banyak kisah dan cerita yang kita dengar atau kita baca tentangnya, berikut merupakan 11 fakta menarik mengenai Hitler.

1.Dalam kajian sebelum ini , sikap dan perangai Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya kerana mengangap wangian merupakan satu simbol kelemahan.

2. Hitler sangat berdisiplin  dan diketahui umum Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam jiwa Hitler, Hitler tidak pernah menanggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku.

3. Pada 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Pro Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau untuk membuang gaya misai kontot  Tetapi Hitler dengan nada selamba menjawab,

Mach dir keine Sorgen über dieses misaiku Wenn jetzt nicht die Modetrends, es wird im Laufe des Tages aufgrund der I-ausreichend beachtet werden.

Ber maksud
“Jangan risau tentang misaiku ini,jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya.”

 4.  Selain Sukarno yang dikenali pemidato terbaik di rantau asia tenggara ,tetapi di benua eropah Hitler adalah pemidato terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggunakan pelbagai gaya untuk memeriahkan ceramah beliau seperti memerli perkataan ‘Say Heii’ yang selalu digunakan oleh cheerleader di Amerika Syarikat. Seluruh penonton ketawa dan teruja sepanjang ceramah beliau.


5.Dalam satu sumber kajian menyatakan Hitler adalah satu-satunya pemimpin pada WWII yang mengamalkan budaya makanan yang sihat. Beliau adalah seorang Vageterian, tidak minum arak serta merokok. Miskipun usia beliau pada ketika WWII boleh dikatakan sudah melebihi 50-an,tubuh beliau tetap mantap dan terampil. Berbeza dengan pemimpin Britain, Winston Churcill dan pemimpin Russia, Joseph Stalin.!
Meskipun berumur lewat 50-an, beliau masih kelihatan segak dan aktif

 6.Sejarah cuba dipadamkan oleh pihak yahudi kerana Hitler adalah seorang yang bergitu mengagumi ISLAM, dalam satu petikan ucapannya, beliau berkata:

Sie sehen, es war unser Unglück, die falsche Religion. Warum haben wir nicht die Religion der Japaner, die Opfer für das Vaterland zu betrachten als das höchste Gut? Die mohammedanischen Religion zu viel mehr kompatibel zu uns als das Christentum gewesen sein. Warum musste es das Christentum mit seinen Sanftmut und Schlaffheit zu sein .... "

“You see, it’s been our misfortune to have the wrong religion. Why didn’t we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness….”

Hubungan Hitler dengan Mufti daripada Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini adalah tersangat akrab. Beliau juga menubuhkan satu divisen khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hanzar yang berkhidmat di rantau Balkan.



7. Satu lagi fakta yang cuba putar belit oleh yahudi dengan menyatakan bahawa hitler seorang yang dungu ,Meskipun dikutuk oleh banyak media Yahudi yang menceritakan profil kehidupan awal Hitler yang dikatakan sebagai seorang budak dungu dan lembap, beliau sebenarnya memiliki IQ setinggi 141,hampir setaraf dengan Albert Eistein.! Jika tidak masakan pihak berikat terpaksa bergabung bagi membendung taktik perperangan jerman yang effisian di waktu itu


8. Hitler pada penghujung usianya iaitu ketika 56 tahun mengalami penyakit Parkinson. Dikatakan, rakaman beliau yang terakhir ketika mengadakan kawad cam untuk Hitler Youth di Berlin melihatkan tangan kiri beliau yang terketar-ketar.


9. Hitler adalah seorang yang penyayang. Meskipun media Yahudi selalu melabelkan Hitler sebagai seorang yang layak digelar Iblis tetapi beliau adalah seorang yang bergitu menyayangi binatang terutamanya anjing dan kucing. Semasa WWI(perang dunia pertama)beliau menjumpai anjing yang digelar Little Fox. Hitler mengajar Little Fox dengan pelbagai teknik bagi menghiburkan rakan askarnya yang lain. Ketika Little Fox hilang seperti eorang hilang semangat dan murung buat beberapa ketika.
Hitler dirakam memberi makan kepada seekor anak rusa. Tidak adil jikalau mengadili Hitler sebagai Penjahat sepanjang zaman kerana ramai lagi pemimpin lain yang kejam lagi zalim. Malahan kejadian Holocoust masih boleh dipertikai.


Dan normal bagi setiap peperangan, mesti akan melibatkan nyawa. Jadi tidak adil kalau dikatakan Hitler ini seorang pembunuh kerana pemimpin negara lain seperti Britain,Russia, dan Amerika Syarikat juga menyebabkan banyak nyawa melayang. Malah Amerika Syarikat menyebabkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki hancur lebur disebabkan bom Atom.!



10. Hitler adalah seorang yang pandai melukis. Masa lapang beliau diisi dengan melukis pelbagai pemandangan. Selain itu, tulisan tangan Hitler adalah bergitu cantik seperti feminine. Seorang psikologi bernama Carl Jung menyatakan:


11. Tinggi Hitler adalah 179cm atau 5 kaki 8 inci. Beliau tidaklah sekecil mana seperti yang digembar-gemburkan oleh majalah-majalah dan media-media Yahudi dengan memburukkan dia sebagai seorang pemimpin yang rendah dan katik , tetapi jika dilihat dari rakaman video dan gambar dia seorang yang versetail dan agak tinggi.






P/s : Antara sedikit sebanyak fakta mengenai Hitler, banyak sebenarnya andaian atau spekulasi ke atas insan bernama Hitler banyak kajian yang perlu kita lakukan kerana menerima bulat bulat sejarah dari pihak barat ada kebaikan yang terselindung disebalik sejarah hitam hitler ini ni, sejauh mana kebenarannya, Wallahua’lam
Share:

Sunday, December 13, 2015

Cool Fact - The soccer world cup Final

The Greatest Sporting Records- Soccer World Cup Final

The cool fact is when it was announced that soccer would not be include in the 1932 Olympic game in Los Angeles , due to the low popularity of the game in the US , FIFA president Jules Rimet planned the Inaugural soccer world cup tournament , to be held in Uruguay in 1930.The original Trophy was named after him. 13 countries took part and the cool fact is the cup was win by Uruguay (Host) who beat the Argentina 4-2 before a crowd of 93000 in the capital name of Montevideo.

Uruguay -Winner
Share:

Cool Facts - Original Super Bowl

The Greatest Sporting Records-  1 st Original Super Bowl.

This spectacular finale to the amazing season ,is the american football season, was arranged after the national football league (NFL) and the American Football League (AFL) joined Force at 1966 and decide each divisions champion should play each other. The Cool Fact is on 15 January 1957 at the Los Angeles Coliseum , The Green Bay Packers took on and beat the Kansas City Chief 35-10.


Share:

Cool Fact- Soccer League Champions and FA cup double

The Greatest Sporting Records-  1 st Soccer League Champs and FA Cup Double.

In the 1888/89 season , Preston North End , UK was the first team to win the league and the FA cup in the same year .Back then the first division (the equivalent of the Current primer ship ) only had a 12 teams and the Tottenham Hotspur won the first Double of modern soccer in the 1960/1961 season.

Share:

Cool Fact - F1 Grand Prix 1st Winner

The Greatest Sporting Records- F1 Grand Prix

The first F1 race took place on 1 september 1946 in Turin, Italy and the cool Facts is it won by Archille Varzi. The word of Formula is a set rules which every participant and car must meet .
The cool facts is the Formula was originally based on Pre -war regulations defined by the engine capacity.

Archille Varzi
Share:

Cool Fact - Golf Grand Slam

The Greatest Sporting Records- Golf Grand Slam

The American Bobby Jones made a clean sweep of golf big 4 prizes - The US open, British Open, US Amateurs and British Amateurs in 1930. It has never been done since , and in the modern grand slam the cool Facts is the two amateurs championships have been replaced with the Masters and The PGA.

Bobby Jones
Share:

Cool Fact -The Grand Slam Of Tennis

The Greatest Sporting Records- Grand Slam Of Tennis

In Tennis winning the French Open, Wimbledon, Us Open and the Australian Open in the same calender year amount to completing the Grand slam. The cool Facts is the first man to do this is Mr Don Budge, in 1938, and the first Woman was Maureen Connolly in 1953,surprisingly both is from California. Since then only Rod Laver (1962 and 1969), Margaret Court (1970) and Steffi Graf (1988) have achieved this feat.

Don Budge.
Share:

Cool Fact -First Sub- 10 sec 100 meters

The Greatest Sporting Records- 10 sec 100M

This was another considered amazing or cool facts achievement, but Jim Hines record times of 9.9sec  that he set on 20 June 1968 in California ,USA stand for 15 years . The woman world record has stood at 10.49 sec since 1988 achieve by Florence Griffith- Joyner.


Jim Hines
Share:

Cool Fact -The First 4 Min Record

The Greatest Sporting Records

Did you know , Mr Rogger Bannister was the first person to run the mile in under 4 mins ,its mean he running record is 3 min 59.4 sec on 6 May 1954 at the iffley road racetrack in Oxford (UK),at the time it was believed to be impossible ,as the previous record is 4 min 1.4 sec had stood for 9 years .
Today the record is 3 min 43 sec and under 4 min is starting points for serious middle distant runners. So far no female athlete has yet run the mile under 4 mins ,how ever as we know it will be happen in future soon as the record or current world record is 4 min 12.56 sec ,set by Svetlana Masterkova of Russia in 1996.
Rogger Banister
Share:

"Cant Find what you are looking for? Don't worry lets try Google Search

Best Topic

Iklan 3

Powered by Blogger.

Blog Stats

Translate for your understand

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support