Bujang Senang adalah merupakan seekor buaya
hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Sungai Batang
Lupar di Sri Aman. (coolfacts)
Kita mengetahui sepanjang sejarah Malaysia segala
serangan buaya terkini yang dilaporkan kebanyakanya berlaku di Sarawak dan
sejak akhir-akhir ini adalah satu tragedi yang biasa berlaku sejak 1940-an
lagi. Sarawak bumi Kenyalang terkenal dengan keganasan buayanya sejak serangan
yang terakhir Bujang Senang pada tahun 1992 yang menjadi lipatan sejarah
Sarawak. Kemunculan buaya pemangsa terbaru, Bujang Seblak mengikut mentornya
yang terdahulu iaitu Bujang Senang , Bujang Samarahan dan Bujang Tisak adalah
seekor buaya gergasi hitam yang kini dipercayai masih menganas dan terus
memburu mangsanya di sepanjang Sungai Seblak. Memandangkan tiada maklumat
terperinci tentang Bujang Seblak ini maka ada lebih baiknya kita meneropong
kembali sejarah kehebatan buaya terdahulu iaitu Bujang Senang sekiranya kita
ingin mengetahui lebih mendalam tentang Bujang Seblak yang kini telah membunuh 3
orang sejak tahun 2007.
Ketika Bujang Senang menganas dahulu,
pelbagai versi cerita tentang buaya ini boleh kita dengar dari pelbagai lapisan
masyarakat di Sarawak pada masa itu, ketika mengikuti ayah saya bertugas
sebagai tentera pada tahun 1992 di Sarawak banyak cerita saya terima dari
masyarakat sana sehingga ketika kecil saya melancong di Kuching dengan menaiki
bot express dan perahu penambang cerita tentang kehebatan Bujang Senang ini
disampaikan kepada saya sedikit sebanyak telah mengerunkan jiwa saya kerana
diberitahu buaya ini adalah sebesar sebuah bas express dan sekiranya ia mahu ia
boleh melibas botexpress dengan ekornya
sahaja dan memakan semua isi di dalam bot ketika itu. Ia juga digambarkan
mempunyai sepasang mata yang besar dan merah menyala dan boleh dilihat 1
kilometer jauhnya. Perjalanan yang jauh
ini diselubungi dengan cerita Bujang Senang menyebabkan saya tidak dapat tidur
lena sehinggalah saya sampai ke destinasi yang dituju iaitu sibu.
Lagenda Bujang Senang yang cuba dikuti
kembali oleh Bujang Seblak mempunyai cerita yang pelbagai versi bagi
mencantikkan kehebatannya. Terdapat mitologi Iban mengenai Bujang Senang. Ia
dikatakan jelmaan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Simalungun,
mengikut cerita dari orang-orang lama, Simalungun telah dibunuh dan seterusnya
menjadi gergasi legenda buaya putih yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri
Aman Sarawak. Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah bahawa dia akan
mengganas semua keturunannya. Adalah dipercayai Simalungun aka Bujang Senang
ini telah menganas sejak 50 tahun (1941-1992) sebelum menemui ajalnya.
Bujang Senang adalah dari spesis CROCODYLUS
POROSUS berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakangnya.
Adalah dipercayai lebih kurang 100 orang telah jatuh ditangannya sepanjang
beliau bermaharajalela di Batang Lupar. Mangsa terakhirnya pada 22 mei 1992,
seorang gadis Iban, Dayang anak Bayang dibunuh di Sungai Pelaban , satu lagi
anak sungai Batang Lupar berhampiran Lingga di Bahagian Sri Aman, Sarawak,
Malaysia. Buaya ini yang kemudiannya menjadi legenda telah ditembak mati oleh
beberapa penembak tepat polis dan pemburu Iban selepas meburunya selama empat
jam. Ia adalah buaya yang terbesar dan tertua yang pernah ditangkap di kawasan
itu. Tulang rahang Bujang Senang telah disimpan di Jong Crocodile, Miri
Sarawak.
Perihal sejarah pembunuhan bujang senang
ini saya temui di artikel Ketam batu bahawa
Kejatuhan Bujang Senang berlaku iaitu. Pada
Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika
gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama
ibunya. Air Sungai Pelaban hanya sedalam
separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu
deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan. Abang Dayang, Enie
Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si
bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera. Setelah lebih dua jam,
Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah
satu lubuk sungai itu.
Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu
timbul semula di permukaan sungai. Dengan pantas bak pahlawan Iban di masa dulu,
Mandau melemparkan lembing ke kepala buaya itu namun lembing itu patah.
Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu
lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu
besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.
Ketika itulah penduduk dari tiga buah
kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan
dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu
menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter. Akhirnya buaya itu menemui
ajal dan bangkainya kemudian diangkut ke rumah panjang yang mengambil masa
empat jam perjalanan dari tempat kejadian. Pada ketika itulah barulah disedari
di belakang buaya itu ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang
yang diperkatakan orang selama ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya
yang dibunuh itu seekor buaya jantan. Katanya, orang yang membelah perut buaya
itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia
atau binatang, selain timah dan tali nilon.
Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut
2.12 meter (6.9 kaki). Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat
Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai
buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja. Hanya beberapa hari kemudian
kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk
tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak. Johnson, 65, percaya buaya
itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk. Itulah kali pertama saya berjumpa dengan
buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya, imbau Johnson yang membuka
Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi. Katanya kepada Jurnal, selepas
kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di
sekitar Batang Lupar. Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi
Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya
terdapat banyak sarang buaya.
Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak
lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah
perkara biasa. Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu
berkemungkinan seekor buaya separa albino, ujarnya. Walau apa pun, masih ada lagi orang yang
mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati. Malah terdapat masyarakat
Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz
lebih besar. Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka
akan melepaskannya sambil memohon maaf. Ini semua bagi mengelakkan kejadian
yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka..
Apapun sejarh bujang senang merupakan salah
satu mitos ataupun fakta yang masih lagi menjadi misteri sehingga ke akhir ini
wallahuaklam…
0 comments:
Post a Comment